KANDUNGAN
PENDAHULUAN 2
CABARAN PENDIDIKAN DAN USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA
OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA
Keberkesanan
Kurikulum di Sekolah 3
Pengurusan
pendidikan 3
Kesediaan
guru dalam menghadapi era globalisasi 4
Cabaran
dalam menghadapi arus perubahan dasar 5
Cabaran
dalam mengekalkan kestabilan politik 6
Cabaran
dalam mengekalkan kestabilan ekonomi 6
Cabaran
dalam menanangi isu sosial 7
Cabaran
untuk merapatkan jurang pendidikan antara Bandar dan desa 7
Cabaran
untuk mengekalkan perpaduan kaum 7
Cabaran
dai segi pemantapan agama 9
Cabaran
alaf baru 9
a.
Pembinaan budaya ilmu 10
b.
Pembudayaan masyarakat Malaysia 10
PERANAN
PENDIDIK 10
ISU-ISU DAN MASALAH DALAM
SISTEM PENDIDIKAN
A.
Sistem sekolah pelbagai aliran 13
B.
Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 15
C.
Pengisian kurikulum dank ko-kurikulum 16
D.
Merealisasi wawasan 2020 16
PENUTUP 17
RUJUKAN 19
PENDAHULUAN
Pendidikan
adalah nadi pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Tanpa sistem pendidikan yang
teratur dan berkembang sejajar dengan perkembangan zaman, maka bolehlah
dianggap bangsa atau negara tersebut gagal dalam melaksanakan tanggungjawab
memartabatkan sesuatu bangsa atau negara. Peranan sistem
pendidikan sangat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan yang berkualiti
dan cemerlang merupakan wahana usaha membangunkan generasi alaf baru. Sistem
pendidikan negara memerlukan usaha-usaha yang strategik yang boleh meningkatkan
keupayaan dan kemampuan amalannya ke tahap kualiti yang tingggi dan cemerlang
agar dapat menangani cabaran-cabaran abad ke-21. Selanjutnya dunia era
globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang sangat pantas. Kemajuan
dalam teknologi maklumat member kesan secara langsung atau tidak langsung dalam
kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan yang berlaku itu
turut membawa bersama isu dan cabaran dalam sistem pendidikan kita.
Sistem pendidikan akan berubah
sejajar dengan perubahan aspek ekonomi, budaya dan
politik
Perubahan aspek tersebut amat hebat dan pantas. Leka dan alpa boleh menyebabkan
kita terpinggir dan tersingkir. Oleh itu sistem pendidikan dan persekolahan
dalam menghadapi gelombang perubahan alaf baru perlu berfungsi pada landasannya
untuk menyumbang kepada pembangunan bangsa dan negara.
Menurut Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Dr.
Mahathir bin Mohamad, dalam ucapan sempena menyambut perayaan Hari Kebangsaan
Malaysia ke-40 baru-baru ini, telah meminta rakyat supaya mencari strategi dan
pelan baru bagi menghadapi alaf mendatang ini. Rakyat perlu melengkapkan diri
dari segala sudut, dari ilmu pengetahuan yang berasaskan teknologi
tinggi sehingga memupuk semangat kebangsaan yang unggul di dalam jiwa
masing-masing. Jika rakyat tidak bersedia menghadapi perubahan dunia, negara
pasti tidak akan mampu bersaing dengan negara-negara maju lain. Beliau mahukan
pembangunan negara mestilah seiringdengan pembangunan rohaniah agar
keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan
masyarakat medani. Kerap juga Perdana Menteri dalamu capannya memberi ingatan
"kita mahu menjadi negara maju dalam acuan kita sendiri".
Oleh itu dalam
melaksanakan tanggungjawab tersebut, negara kita Malaysia juga tidak terlepas dengan
situasi yang mencabar kewibawaan negara dalam menjadikan sistem pendidikan
negara yang dihormati dan bertaraf dunia.
CABARAN PENDIDIKAN DAN
USAHA-USAHA UNTUK MENANGANINYA OLEH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.
Keberkesanan kurikululum
di sekolah
Dunia tanpa sempadan menyebabkan
Malaysia menghadapi kemelutan sosial. Kebanjiran maklumat, akses yang mudah,
keadaan dunia hiburan,layaran mudah bahan-bahan lucah atau porno melalui
Internet, melayari alam siber yang menjadi trend masyarakat dan juga program tv
banyak menyiarkan filem-filem, drama yang berunsur ganas dan lucah baik di tv
percuma mahupun swasta serta yang menjadi kegilaan ramai sekarang ini iaitu
facebook menyebabkan berlakunya gejala negatif di masyarakat kini.
Perasaan kebimbangan terhadap generasi
pelajar masa ini telah tercetus akibat fenomena negatif ini. Perkembangan
tersebut telah mendorong para perancang kurikulum Malaysia terpaksa menyemak
semula keberkesanan kurikulum sekolah untuk menghadapi pelbagai perubahan
akibat pengaruh globalisasi tersebut. Penyemakan terhadap kekuatan dan kelemahan
sistem pendidikan di Malaysia perlu dilakukan dari semasa ke semasa oleh
perancang kurikulum untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan
tertentu bagi menghadapi daya saing persekitaran global yang semakin sengit dan
mencabar.
2.
Pengurusan Pendidikan
Pengurusan pendidikan juga telah
mengalami transformasi yang agak radikal dalam perkembangan dunia global
terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.
Beberapa inovasi telah dilaksanakan dalam pengurusan pendidikan di Malaysia
terutama di peringkat sekolah bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan
pendidikan. Contohnya adanya aplikasi e-spel, emis dan sebagainya. Aplikasi
sistem ini telah memudahkan pihak pentadbiran sekolah melaksanakan tugas-tugas
rutin seperti:
1. Membantu dan mempermudahkan pentadbir
sekolah membuat keputusan.
2. Meningkatkan kecekapan pengurusan
dan pentadbiran.
3. Mengurangkan beban pentadbiran dalam
melaksanakan tugas yang pelbagai.
4. Meningkatkan kecekapan sistem
pengurusan fail.
5. Memudah dan menjimatkan masa dari
segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar
dan sebagainya.
6. Meningkatkan kecekapan dalam
penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.
7. Penempatan pelajar dalam kelas.
8. Membuat agihan jadual waktu mengajar
guru.
9. Pembinaan jadual waktu guru.
10. Membuat agihan sumber kewangan,
buku teks, dan sebagainya.
11. Menyimpan data mengenai stok dan
inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan
guru.
3.
Kesediaan Guru Dalam Menghadapi Globalisasi
Cabaran yang terpaksa dilalui oleh
institusi pendidikan dalam konteks pelaksanaan inovasi kurikulum adalah
kesediaan guru untuk menerima dan melaksanakannya dengan penuh dedikasi dan kesungguhan.
Harvey (1990) telah menyenaraikan beberapa faktor yang mengekang kesediaan guru
untuk melaksanakan perubahan iaitu:
1.
Kurang rasa kepunyaan: Guru-guru merasakan perubahan yang dilaksanakan di
sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa kepunyaan,
lebib-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu adalah
daripada pihak mar seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan
pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.
2.
Kurang berfaedah: Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan
yang sedia ada tidak perlu kepada perubahan yang drastik kerana kurang diyakini
benar-benar membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan
menjadi lebih bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru kekurangan kuasa
autonomi terhadap pelajar seperti idea mengenai fungsi guru dalam kelas adalah
sebagai pemudah cara sedangkan kebanyakan guru berpendapat fungsi tradisi guru
adalah sebagai pendidik dan penyampai ilmu.
3.
Penambahan beban: Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna
penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan
guru bersikap pesimis terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak
berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas
yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti kerja-kerja pengkeranian,
menghadiri mesyuarat, menghadiri kursus, menjalankan aktiviti berkala di
sekolah seperti hari kantin, hari sukan, hari kokurikulum dan pelbagi
"jenis hari".
4.
Kekurangan sokongan pentadbiran: Guru-guru sukar untuk melaksanakan perubahan
kurikulum di sekolah sekiranya pihak pentadbiran kurang memberikan sokongan
iaitu dari segi:
a)
kewangan
b)
motivasi dan dorongan
c)
pengiktirafan
d)
penyediaan peralatan untuk pengajaran dan pembelajaran dan
e)
mengurangkan karenah birokrasi di peringkat sekolah.
5.
Menyendiri: Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri
terutama berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan
memerlukan guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah
kolaboratif guru berasa kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak
dari melibatkan diri secara proaktif.
4.
Cabaran dalam Menghadapi Arus Perubahan Dasar
Pembagunan
pendidikan sesebuah Negara merupakan aspek yang sangat penting dalam pembentukan
Negara bangsa. Untuk menuju kearah status pendidikan Negara maju. Pemerintah
berperanan bagi mencorak masa depan dunia pendidikan Negara. Ini kerana melalui
pendidikanlah sesebuah Negara dapat berkembang maju terutamanya dari segi
pembangunan insan yang telah diwarwarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun
Abdullah Ahmad Badawi. Melalui pendidikanlah akan lahir warga yang berilmu dan ientelektual bagi memacu
Negara kearah hasrat murni Negara maju menjelanag 2020. Suasana politik Negara
berperanan dalam pembangunan pendidikan Negara. Pemerintah yang memandang
bahawa pendidikan merupakan asas kepada pembangunan Negara perlu di kekalkan.
Pemerintah yang sentiasa berusaha memikirkan cara membangunkan sektor
pendidikan dengan meperkenalkan pelbagai dasar dasar demi pembangunan
pendidikan Negara. Hari ini keperluan mengekalkan pemerintah yang pentingkan
soal pendidikan amatlah perlu, adalah menjadi satu cabaran untuk mengekalkan
suasana politik seperti hari ini. Sekarang sedikit sebanyak soal pendidikan cuba
diganggu gugat oleh pihak pihak yang sengaja menangguk di air yang keruh.
Mengambil kesempatan kepada warga pendidik, pelajar pelajar demi kepentingan
peribadi.seperti contoh warga kampus sendiri dipengaruhi oleh pihak tertentu
demi kepentingan individu. Mereka tidak
segan sanggup memberontak seperti berdemontrasi tanpa memikirkan baik dan
buruk. Namun apa yang jelas suasana pendidikan Negara terjejas. Andai terganggu
gugat sistem politik sedia ada hasrat pencaturan dasar dasar kerajaan yang
telah ditentukan dari saban tahun yang
dikaji dan digubal demi memantantapkan suasana pendidikan Negara akan terjejas,
kerana kita masih kabur tentang bawaan suasana baru sistem politik yang akan
mengantikannya.demi untuk itu isu ini menjadi cabaran yang besar untuk kita
berfikir sebelum membuat sebarang tindakkan yang kita sendiri tidak tahu
kesannya.
5.
Cabaran
Dalam Mengekalkan Kestabilan Politik
Mengekalkan kestabilan politik juga merupakan
cabaran besar kepada dunia pendidikan. Kestabilan politik memainkan peranan yang
besar untk memacu arus kemajuan dunia pendidikan. Suasana Negara yang aman,
dengan penuh hrmoni dan muhibbah, menjadikan segala perancangan-perancangan
pendidikan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang gangguan.
Sebagai pedoman, kita lihat suasana
politik dunia sekarang. Contohnya Negara – negara yang bergolak pada hari ini.
Suasana pendidikan tidak dapat berjalan lancar. Apabila suasana politik tidak
stabil, Negara akan menjadi huru-hara, banyak berlakunya kekacauan, pembunuhan
seperti masyarakat dibunuh, guru dibunuh, sekolah dibakar, dari hal ini apa
yang Negara akan dapat. Apa yang pasti kerugian yang terpaksa ditangung.kita lihat Negara kita hari ini.
Sudah ada tanda-tanda negatif kearah itu. Hal ini perlu dibendung dengan segara
demi msasa depan pendidikan Negara.
6.
Cabaran
Dalam Mengekalkan Kestabilan Ekonomi
Cabaran
seterusnya dunia pendidikan hari ini ialah mengekalkan status quo ekonomi
Negara pada tahap terbaik. Melalui peningkatan kemajuan ekonomi Negara yang
pesat dpat membantu untuk pembangunan sektor pendidikan Negara. Banyak
kemudahan-kemudahan pendidikan dapat
dibangunkan seperti insfrastsruktur seperti banguan –banguan yang selesa, dan
sebagainya. Dengan tahap ekonomi yang baik program-program boleh dirancang
untuk kepentingn pendidikan. Berdasarkan pengalaman tahun 2007, apabila berlaku krisis ekonomi, banyak program
terutama pembanguanan sektor pendidikan terbantut, banyak peruntukan perbelanjaan
yang selama ini digunakan untuk sektor pendidikan ditarik balik. Ini akan menganggu
kemajuan sektor pendidikan.
7.
Cabaran
Menangani Isu Sosial
Dewasa ini, isu sosial menjadi buah
mulut warga Negara Malaysia. Kita sering disajikan dengan pelbagai isu sosial
remaja yang rata-rata terdiri dari mereka yang menghuni institusi pendidikan terutama
sekolah. Terlalu banyak isu sosial yang kita dengar hari, antara kes masalah
sosial seperti buang bayi, yang terlibat merupakan pelajar sekolah, isu ponteng
sekolah, merokok, dadah, minuman keras dan sebagainya. Perkara ini menjadi duri
dalam daging kepada sektor pendidikan , yang seterusnya boleh menghalang
perkembangan pendidikan secara positif. Banyak masa, wang dan tenaga digembleng
untuk menaganinya. Dari hari kesehari ia membiak bak kudis buta yang tiada berkesudahan pada dunia pendidikan. Andai ia tidak ditangani oleh
semua pihak dengan bijak , isu ini boleh menyebabkan keruntuhan sistem
pendidikan kita pada hari ini.Selain itu juga, gejala sosial lain peperti
ponteng sekolah, pergaduhan buli , juga manjadi isu hangat disekolah seperti juga
diatas, ia perlu ditangani dengan sebijak mungkin.
8.
Cabaran
Untuk Merapatkan Jurang Pendidikan Antara Bandar Dan Desa
. Sistem persekolahan yang berbeza
mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa.
Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai
perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan
yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa perpaduan.Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini
untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya,
sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang
berlainan.Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum
Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang
getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Sabah dan
serawak.masih ada diantara murid – murid disana masih ketinggalan dari segi
kemudahan insfrastruktur dan sebagainya. Sehingga kini jurang pendidikan antara desa dan Bandar masih
ketara.
9.
Cabaran
Untuk Mengekalkan Perpaduan Kaum
. Dasar Pendidikan Kebangsaan Pendidikan
menjadi tunjang kepada perpaduan negara. Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah
dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan
pembentukan warga negara dan rakyat yang bersatu padu. Hari ini isu perpaduan
masih rapuh, kita sering dengar walau ia kes-kes terpencil namun masih
berlakunya kerengangan hubungan antara
kaum disekolah-sekolah. Sesuatu perlu dilaksanakan terutama mengekalkan
perpaduan Negara.
Selain itu untuk mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Secara
tidak langsung dasar ini dapat melahirkan satu masyarakat Malaysia yang bersatu
padu dan berintegrasi seperti yang dihasratkan dalam Rukun Negara melalui
penggunaan dan penghayatan kurikulum yang bersepadu.sesuatu telah dilaksanakan
untuk menjamin perpaduan antaranya penggunaan bahasa pengantar dan sistem
peperiksaan yang sama serta penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti-aktiviti
kokurikulum yang dirancang dan dilaksanakan sepanjang persekolahan pelajar.Kurikulum
yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat
berbentuk akademik sahaja, bahkan ia jugadapat membentuk sahsiah, keperibadian
dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Hasrat membina Negara
Bangsa ini akan dicapai dengan memperkasakan Bahasa Melayu,meningkatkan
disiplin pelajar, menggiatkan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP)
Penubuhan Sekolah Wawasan Sekolah
Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama sama dalam satu
kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau
tiga buah sekolah rendah berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran akan
ditempatkan dalam kawasan yangsama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang
permainan, dewan dan kantin. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri
yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung.Perlaksanaan sekolah wawasan akan mewujudkan persekitaranyang
memberi peluang yang lebih luas kepada murid daripada pelbagai kaum untuk
bergaul dan berinteraksi secara langsung dalam pelbagai aktiviti.Tujuan dan
matlamat Sekolah Wawasan Untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid
yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang. Untuk memupuk semangat integrasi
antara pelajar dari pelbagai aliran untuk melahirkan generasi yang mempunyai
sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang
bersatu padu.
10.
Cabaran
Dari Segi Pemantapan Agama
Sememangnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan
bahawa: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkemampuan pelbagai usaha dilaksanakan untuk memantapkan potensi diri
dari segi keagamaan. Antaranya perlaksanaan Kurikulum ini berorientasikan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun1983.
Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al
Quran Dan Assunnah dan Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan
pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang
bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Dengan menanam
sifat-sifat mulia serta membentuk tingkahlaku yang Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP).
11. Cabaran Alaf Baru
Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam
aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan
dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari
dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini
dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi baru yang serba
canggih. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak,
sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi. Dalam Persidangan Pendidikan
Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua
cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah
sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat
madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui
sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah
pembudayaan masyarakat.
a. Pembinaan Budaya
Ilmu
Ilmu merupakan faktor terpenting dalam menentukan
kebahagiaan individu dan kejayaan serta kekuatan sesuatu bangsa dan negara.
Ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir tinggi (high order thinking) dan
daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa. Semua agama dan sistem sosial
manusia mahukan ahlinya menguasai ilmu pengetahuan sama ada untuk kebahagiaan
duniawi dan ukhrawi. Dr. Wan Mohd. Nor Wan Daud, menjelaskan "Budaya Ilmu
bermaksud kewujudan satu keadaan di mana setiap lapisan masyarakat melibatkan
diri baik secara langsung mahupun tidak langsung dengan kegiatan-kegiatan
keilmuan di setiap kesempatan: dan keadaan di mana segala tindakan manusia baik
di tahap individu, apatah lagi di peringkat masyarakat, diputus dan
dilaksanakan berdasarkan ilmu pengetahuan." Mengikut beliau lagi, budaya
ilmu ialah satu budaya yang meletakkan nilai tertinggi dan asas kepada ilmu
pengetahuan sebagai kunci segala kebaikan dalam kehidupan individu, keluarga,
masyarakat, bangsa dan negara.
Para pendidik perlu sedar bahawa dalam usaha negara
menghadapi masa depan yang penuh saingan, pendidikan adalah bersifat
futuristik, maka kita hendaklah mampu menyediakan generasi muda kita untuk
menghadapi kemungkinan-kemungkinan berupa masyarakat industeri, ekonomi yang global,
kebanjiran teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer
sebagai keperluan urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Kita perlu
lahirkan
generasi
berilmu untuk berfikir, bertindak dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat berlandaskan
skop yang global dan teknologi yang terkin, serta berupaya menangani gelombang
perkembangan dan perubahan masa kini.
b. Pembudayaan Masyarakat Malaysia
Perkembangan ekonomi dan industri yang berlaku
dengan pesatnya tidak bermakna jika tidak diseimbangan dengan kesejahteraan
sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan kebudayaan yang terpelihara.
Cabaran yang sedia wujud seperti masalah remaja, dadah, seks bebas, samseng sekolah,
ponteng, dan berbagai kes salah laku perlu ditangani dengan bijaksana. Para
pendidik seharusnya menghadapi cabaran ini sebagai satu peluang (opptunity)
secara komited menggunakan wadah pendekatan nilai merentasi kurikulum
persekolahan untuk membentuk masyarakat madani di kalangan pelajar dan
masyarakat.
Peranan Pendidik
Tuntutan abad ke-21 dilandaskan kepada tuntutan
Wawasan 2020 dan Wawasan Pendidikan. Selari dengan tuntutan-tuntutan tersebut
penyediaan sumber manusia berkualiti hendaklah dihasilkan oleh sistem
pendidikan kita.. YAB Perdana Menteri telah menggariskan ciri-ciri generasi
yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru akan datang iaitu:
kaya maklumat (termasuk
sains dan teknologi)
kekuatan minda (krestif
dan proaktif)
nilai-nilai luhur dan
murni (termasuk penyayang)
semangat
jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan
ketrampilan
Untuk menentukan kehendak ciri-ciri manusia
berkualiti tersebut dapat dihasilkan, maka para pendidik dan guru-guru pelatih,
perlulah dilengkapkan dengan ciri-ciri berikut pula:
menguasai
subjek (kandungan kurikulum)
mahir
dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
memahami perkembangan
murid-murid dan menyayangi mereka
memahami
psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
memiliki kemahiran
kaunseling
menggunakan
teknologi terkini
dapat menyaring
dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
boleh
bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan
memiliki keyakinan
terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.
Satu agenda dalam program pendidikan kini sebagai
persediaan abad ke-21, ialah Sekolah Bestari. Pelaksanaan Sekolah
Bestari turut mewujudkan transformasi dalam sistem pendidikan yang meliputi
aspek kurikulum, sistem penilaian, pentadbiran, pengurusan pembelajaran. Implikasi
kepada reformasi ini, memerlukan persediaan guru. Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd.
Zahid bin Mohd. Nordin, memberi ciri-ciri guru bestari ialah
guru-guru yang boleh dan bijaksana mengimbang keperluan Wawasan Pendidikan
dengan tuntutan dan cabaran semasa. " Pendidikan Bestari antara lain menginginkan
guru yang berketrampilan. Tingkat ketrampilannya bukan sekadar mengguna dan
menguruskan teknologi, tetapi lebih penting berkeupayaan menyaring, mengadun,
mengacuan setiap perkara seiring dengan tingkat ketahanan anak bangsa,
sejajar
dengan budaya halus masyarakat kita dan seterusnya menyumbang untuk terus memperkukuh
asas kewujudan kita." (1997) Merujuk kepada cabaran besar di atas, para
pendidk mempunyai tanggungjawab melaksanakan peranan berikut secara komited dan
ikhlas:
1. Membina Budaya Ilmu
Kemampuan
para pendidik ialah menyusun, dan mensepadukan ilmu dengan
perkembangan
semasa, seperti:
a . Teknologi dan
perkomputeran
Para
pendidik seharusnya mengorak langkah dan menggembleng peluang untuk
melengkapkan diri berketrampilan sebagai pemimpin ilmu berasaskan teknologi
serta bersedia menjurus kepada penguasaan dan penggunaan teknologi maklumat
untuk pelbagai bidang dan menjadi mekanisme urusan harian.
b. Kemahiran
berfikir dan pemikiran konstruktif
pelajar-pelajar
mestilah dididik menggunakan daya fikir tinggi dan minda untuk melahirkan pelajar-pelajar
untuk belajar sepanjang hayat dan mempunyai modal intelektual tinggi menghadapi
era globalisasi. Kemahiran berfikir dan pemikiran konstruktif perlu juga
terarah kepada pandangan jauh dan luar biasa.
c. Kebolehan
menterjemah dan mengawal kurikulum yang luwes
Para pendidik seharusnya mempunyai kemahiran dan
ketrampilan mengaitkan domain teori dengan praktis dan mesti bijak membina
pengetahuan dan kemahiran secara developmental mengikut kadar
pembelajaran (pace of learning) untuk mencapai kemahiran thoughtful
learning. Kurikulum sepatutnya mempunyai ruang untuk disesuaikan dengan
perkembangan semasa berdasarkan keperluan negara, perkembangan semasa dan
kemajuan sejagat. Kurikulum yang hendak digubal melalui Four Pillars of
Learning iaitu:
@ Learning to know (
Belajar untuk menguasai ilmu)
@ Learning to do
(Belajar untuk menguasai kemahiran)
@ Learning to be
(Belajar untuk menjadi insan berguna)
@ Learning to live
together (Belajar untuk harmoni dan bekerjasama)
d. Menerapkan
nilai-nilai murni/moral/akhlak
nilai-nilai murni
menitikberatkan perlakuan baik, peradaban dan tatasusila insan dalam
hubungannya
sesama manusia, alam dan Tuhan. Elemen ini sangat penting dalam usaha
pembudayaan masyarakat yang dapat mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian
negara.
e.
Menguasai
pengetahuan dan kemahiran industri
melahirkan
generasi untuk pasaran tenaga kerja industri merupakan Dasar Pembangunan
Negara. Usaha ini ialah sebagai sumbangan kepada melahirkan sumber manusia yang
menyumbang kepada tenaga buruh yang berkualiti, seba boleh dan responsive kepada
perubahan keadaan perindustrian. Kurikulum dan daya didik di dalam sistem
pendidikan hendaklah berupaya merealisasikan masyarakat sainstifik, teknologis
dan progresif yang inovatif dan berpandangan jauh ke hadapan.
f.
Membentuk
Masyarakat Madani
Pendidik
yang profesional dapat menangani pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membudayakan masyarakat dengan amalan akhlak dan nilai-nalai murni.
Perkembangan dan kemajuan dunia boleh mempengaruhi gaya hidup dan akhlak
masyarakat kita. Usaha mengimbangkan perkembangan dan kemajuan dunia aspek
teknologi maklumat dan industri hi-tech, dengan pembentukan rohaniah dan
ketahanan diri diberikan perhatian serius. Kurikulum dalam sistem pendidikan
kita sama ada secara formal atau tidak formal, mampu menyusun dan membentuk masyarakat
madani. Dalam merancang pelaksanaan konsep ini beberapa perkara mesti diberi
perhatian:
o Prinsip
berteraskan keimanan dan moral yang menjamin keseimbangan antara kekebasan
perseorangan dengan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat
o Mendorong
perkembangan indidvidu dari segi pemikiran, budaya, sosial, ekonomi, alam
sekitar dan teknologi
o Sistem
sosial yang cekap dan saksama serta perlaksanaan pemerintahan mengikut
undang-undang dan bukan nafsu atau kepentingan individu
o Mengamalkan akhlak terpuji dan boleh diteladani Usaha
mewujudkan masyarakat madani diharap dapat melahirkan warga negara yang
berpegang kepada teras keimanan dan ketuhanan, mempunyai ketahanan diri,
memiliki identiti bangsa Malaysia, tahap kepimpinan yang dinamik, berpandangan
jauh, kreatif dan inovatif, citra diri yang tinggi, berdisiplin dan amalan
hidup yang cemerlang.
ISU-ISU
DAN MASALAH DALAM SISTEM PENDIDIKAN
A.
Sistem persekolahan Pelbagai Aliran
Memasuki tahun 2010 telah menjadikan
sistem pendidikan di Malaysia bergerak seiring dengan keperluan semasa kerana
masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi.
Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolahan lama
dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seringkali isu-isu berkenaan dengan system
persekolahan dibincangkan dan diperdebatkan yang akhirnya tiada jalan
penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru.
Isu-isu sistem persekolahan merupakan isu yang sensitif bagi masyarakat
Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapat
persetujuan daripada masyarakat yang mempunyai pandangan dan kepentingan yang
berbeza.
Seringkali setiap keputusan, sama
ada yang hendak mahupun yang telah dibuat, dipengaruhi oleh politik tanah air
yang bermula sejak zaman penjajah lagi. Umum mengetahui bahawa pihak kerajaan
sentiasa memainkan peranan bagi menaikkan mutu pendidikan kebangsaan, tetapi
sejauh mana setiap tindakan yang diambil dapat menyelesaikan masalah yang
timbul. Sistem persekolahan Malaysia kini masih tidak banyak berubah dari aspek
perpaduan kaum. Murid-murid dan pelajar-pelajar dapat menjadikan sekolah
sebagai asas permulaan membina hubungan baik sesama mereka di mana di sekolah,
mereka dapat beramah mesra, bergaul, bersukan, makan bersama, saling
kenalmengenal, dan merapatkan hubungan silaturahim. Namun begitu, kewujudan
sekolah yang pelbagai aliran – seperti sekolah kebangsaan dan sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil – telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini,
ianya sudah tidak relevan untuk diguna pakai kerana sekiranya ia masih diteruskan,
maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan semakin pudar.
Hal demikian kerana sekolah
merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu
untuk saling mengenal. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak,
mengatakan bahawa beliau sedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu system
sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk
mengikuti satu sistem persekolahan. Dalam melaksanakan dasar baru itu, kerajaan
perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana tidak mahu timbul perbalahan dan
kesan buruk kepada rakyat. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum
bersetuju untuk menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan
India dilihat masih mahu menggunakan system sekolah pelbagai aliran yang
dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.
Idea menubuhkan satu aliran sistem
persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di
kalangan rakyat dapat dipupuk. Pelaksanaan sekolah satu aliran tidak akan
menyebabkan kehilangan identity kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai
semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarakat Malaysia. Masyarakat Cina,
India, dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka,
walaupun belajar di sekolah yang sama aliran. Di sekolah-sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil, bilangan murid-murid Melayu terlalu sedikit jika
dibandingkan dengan sekolah kebangsaan. Keadaan ini menunjukkan jurang yang
begitu luas antara murid-murid Melayu, Cina, dan India. Masalah ini disebabkan
oleh penggunaan bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, dan Tamil yang menjadi
faktor utama wujud jurang pendidikan antara masyarakat. Contohnya, di sekolah
kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tidak diterapkan; manakala di sekolah jenis
kebangsaan Cina dan Tamil, bahasa Melayu bukan bahasa utama. Jadi, wujud dua
keadaan yang berbeza dan masalah ini sering berlanjutan sehingga kini.
B. Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Pada tahun 2003, semasa era
pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu dasar baru pendidikan
diperkenalkan, iaitu Pengajaran Pendidikan Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI). Tujuan ianya dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan
penguasaan bahasa Inggeris di kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu pada
tahun 2009, Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan bahawa PPSMI akan
dimansuhkan sepenuhnya pada 2012, disebabkan timbulnya masalah-masalah. Walau
bagaimanapun, atas sebab-sebab tertentu, pelajar yang telah memulakannya boleh
meneruskan pembelajaran dalam bahasa Inggeris.
Isu PPSMI merupakan isu besar dalam
pendidikan Malaysia kerana mendapat tentangan daripada masyarakat Melayu
terutamanya. Antara sebab-sebab ia mendapat bantahan dari banyak pihak ialah
kerana: (1) ianya bertentangan dengan Perlembagaan Perkara 152, iaitu
memartabatkan bahasa Melayu; (2) prestasi pelajar-pelajar Melayu terutamanya
merosot dalam subjek Sains dan Matematik; (3) kurangnya guru yang terlatih; dan
(4) tentangan daripada pejuang-pejuang bahasa Melayu, para cendiakawan, tokoh
akademik, ahli politik, dan NGO atau Non Governmental Organization yang
memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Ada sesetangah pihak
mempersoalkan mengapa setelah 7 tahun ia dilaksanakan, kini mendapat tentangan?
Mungkin kah ianya sejajar dengan kehendak masyarakat yang telah merasai kesan
daripada pelaksanaan dasar tersebut kepada pelajaran anak-anak mereka?
Sememangnya, murid-murid dan pelajar-pelajar di luar bandar menunjukkan
keputusan yang merosot kerana ternyata sehingga kini mereka masih lagi
ketinggalan, terutama dalam penguasaan bahasa Inggeris. Masyarakat luar bandar
terutamanya masih belum bersedia sepenuhnya menerima PPSMI dilaksanakan kerana
bimbang
dengan masa depan.
C. Pengisian Kurikulum Dan Ko-Kurikulum
Masalah lain yang turut timbul ialah
berkenaan dengan pengisian dalam kurikulum dan aktiviti ko-kurikulum yang
menjadi penentu kepada perkembangan murid-murid dan pelajar-pelajar (Awang Had
Salleh, 1980). Hal ini penting kerana ia memberi kesan, sama ada positif atau
negatif kepada masyarakat dalam membentuk jati diri dan disiplin. Sekiranya
pengisian dalam kurikulum dan ko-kurikulum mengikut keperluan rakyat, maka
tentu sebarang masalah tidak timbul. Tetapi oleh kerana wujud
kelemahan-kelemahan dalam pengisian kukirulum dan ko-kurikulum, reaksi yang
negatif kelihatan dalam hubungan masyarakat. Contohnya, sekolah kebangsaan
tidak menjadikan bahasa ibunda kaum Cina dan Tamil sebagai subjek wajib telah
menyebabkan ibu bapa daripada Cina dan India tidak mahu menghantar anak-anak
mereka ke sekolah kebangsaan.
Bagi mereka, bahasa ibunda ialah
identiti yang harus dipelihara. Mukriz Mahathir (2008) memberi pandangan supaya
satu sistem persekolahan sahaja diwujudkan dengan menerapkan bahasa Mandarin
dan Tamil sebagai subjek yang wajib diambil oleh murid-murid Cina dan India
(kenyataan dalam Utusan Online di http://www.utusan.com.my,
2/12/2008). Murid-murid Melayu boleh mengambil bahasa Mandarin dan Tamil
sebagai salah satu subjek pilihan. Secara tidak langsung, orang Melayu akan
dapat menguasai bahasa Mandarin dan Tamil yang akhirnya dapat merapatkan jurang
pendidikan antara kaum.
Masyarakat perlu memahami bahawa
objektif penggubalan dasar dan sistem pendidikan adalah berlandaskan keperluan
pembentukan Negara Malaysia sebagai negara demokrasi yang mempunyai masyarakat
berbilang bangsa, agama, dan menjadikan Malaysia maju ke hadapan. KBSR
(Kurikulum Baru Sekolah Rendah) dan KBSM (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah)
merupakan kurikulum yang diperkenalkan bagi meningkatkan lagi pendidikan dan
perpaduan masyarakat, tetapi keberkesanannya untuk menyatupadukan rakyat yang
berbilang kaum masih memerlukan penambahbaikan (Shahril @ Charil Marzuki et
al., 1995:110-126).
D. Merealisasikan Wawasan 2020
Wawasan 2020 telah dicetuskan oleh
bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 28 Febuari 1991
yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian dan negara
maju menjelang tahun 2020. Reformasi yang telah dilakukan dalam sektor
pendidikan adalah langkah konkrit untuk menuju ke arah Wawasan 2020. Bagi
merealisasikan Wawasan 2020, antara sasaran yang mahu dicapai adalah mengenai
perpaduan Negara di mana sektor pendidikan menjadi peneraju utama. Dalam sektor
pendidikan, sistem persekolahan yang sempurna menjadi pendekatan yang digunakan
untuk memastikan perpaduan di kalangan masyarakat. Tema perpaduan dalam sistem
persekolahan amat dititiberatkan kerana hanya melalui perpaduan matlamat
mencapai Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Bermula dari sekarang (2010), hanya
10 tahun sahaja masa yang ada untuk negara Malaysia menjadi
negara maju.
Namun begitu, dengan situasi
masyarakat dan negara sekarang timbul persoalan tentang persediaan untuk
menghadapinya. Contohnya, hubungan masyarakat Malaysia kini masih lagi perlu
diperkukuhkan kerana masih wujud tanda-tanda kelemahan dalam hubungan
masyarakat. Sistem persekolahan sepatutnya menjadi medium penggerak kepada
masyarakat supaya mereka dapat disatupadukan melalui peluang pendidikan.
Tetapi, masih wujud permasalahan dalam menentukan sistem persekolahan kerana
ada sesetengah pihak mahu mengekalkan sistem persekolahan yang sedia ada,
manakala sesetengah pihak lain mahu perubahan.
Masalah-masalah dalam sistem
pendidikan yang bermatlamatkan perpaduan negara diringkaskan melalui: (1)
Masalah isu berbangkit hak bumiputra dan bukan bumiputra; (2) Jurang pencapaian
pendidikan orang Melayu dan bukan Melayu melalui peluang pekerjaan dan
pendapatan; (3) Masalah keciciran pelajar-pelajar Melayu dan bukan Melayu; (4)
Hubungan yang renggang antara pelajar Melayu dan bukan Melayu; (5) Kurangnya pergaulan
antara pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu, terutama selepas waktu sekolah;
dan (6) Kurangnya pengetahuan dan tidak memahami dengan mendalam mengenai
budaya, amalan, dan adat resam sesuatu kaum.
PENUTUP
Kesimpulannya,
pada era globalisasi ini atau dunia tanpa sempadan telah memaksa industri
pendidikan di Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai
gelombangnya. Selain itu, perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin
pesat ini adalah hasil daripada minat ibu bapa yang tinggi terhadap
perkembangan pendidikan dan persekolahan anak-anak mereka baik di peringkat pra
sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan
pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin
sengit.
Oleh itu, peranan-peranan daripada
pihak pendidik, ibubapa, dan pelajar itu sendiri amatlah penting bagi
menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir sekali, pihak perancang
pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh
dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan
kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan
menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.
Rujukan
Abu
Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum,
Tanjong Malim: Quatum Books.
Iliyas
Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum
Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah:
Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial.
Mohd
Isha Awang, Isu dan cabaran Bahasa Melayu Dalam Pendidikan, Berita
harian, 2008
Noraini
Abd. Razak, Rencana Utusan Malaysia 2009
Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 (2006). Kementerian Pelajaran Malaysia,
Putrajaya: Malaysia.
Pusat
Perkembangan Kurikulum. 2001. Kepemimpinan dan Pengurusan Kurikulum di
Sekolah. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan